Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang saya ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi

Rabu, 7 Disember 2011



Karangan Jenis Ucapan



1. ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu.

2. mulakan karangan ucapan dengan kata -kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan penutup.

3. nyatakan tujuan ucapan.

4. Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan.

5. pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian para hadirin.

6. bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majli s yang sebenar.

7. Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya.

8. mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , t olak 1 markah )

b] kata penegasan contoh Tuan -tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )



Anda telah terpilih untuk mewakili rakan -rakan anda untuk memberi ucapan dalam perhimpunan sempena sambutan ’Hari Guru“ di sekolah anda. Tuliskan ucapan tersebut.



Pengenalan : kata-kata aluan kepada hadirin

terima kasih kerana diberi peluang berucap



Perenggan ke-2tujuan diadakan perayaan itu jasa dan bakti guru



Perenggan ke-3pengorbanan guru besar sekali

tanpa guru , pengajar an dan pelajaran tidak sempurna guru patut dikenang dan disanjung tinggi



Perenggan ke-4guru membimbing dan mendidik kita

kita mesti belajar bersungguh -sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka



Penutup ucapan terima kasih kepada semua guru ucapan selamat menyambut ’Hari Guru“





UCAPAN HARI GURU



Assalamualaikum.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru -guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.



Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Ma jlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.



Hadirin sekalian,



Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk men genang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini.



Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.

Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan be rsungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.



Hadirin sekalian



Terima kasih saya ucapkan kepada guru -guru yang telah mengajar , mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru.



Sekian, terima kasih.









Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Yang Diraikan guru -guru dan rakan-rakan sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di majlis ini.

Saya berasa bangga dan gembira ker ana dapat menyambut Hari Guru pada hari ini. Kita semua patut bersyukur kerana dapat bertemu pada hari yang mulia ini. Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.



Rakan-rakan sekalian,



Kita semua harus berterima kasih di atas segala jasa yang g uru kita berikan. Jasa mereka terlalu banyak. Kita haruslah menghargainya dengan sebaik -baiknya.

Kami doakan supaya guru-guru dirahmati Allah s.w.t. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam keadaan bahagia selalu.

Kami juga ingin meminta maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan. semua orang yang pernah melakukan kesalahan. Kami harap guru -guru dapat memaafkan kami. Kami berjanji akan patuh kepada semua arahan guru.

Akhir kata , saya ingin sekali lagi mengucapkan selamat Hari Guru. semoga k ita dapat berjumpa lagi di majlis seperti ini di tahun-tahun akan datang. Sekian, terima kasih.









UCAPAN PELAJAR CEMERLANG



Assalamualaikum,



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Haji Nawi Jaafar, guru -guru dan rakan - rakan sekalian.



Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana sanggup memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.



Rakan-rakan sekalian,



Saya berasa terharu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuas a pemilihan kerana memilih saya sebagai pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Darau pada tahun ini.



Guru-guru sekalian,



Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru -guru kerana telah mengajar dan mendidik saya sehingga berjaya dalam UPSR dan di pilih pu la sebagai pelajar cemerlang.Sebenarnya kejayaan saya ini bukanlah hasil saya seorang tapi dengan adanya usaha guru saya berjaya.



Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang selalu mendorong saya sehingga mencapai kejayaan seperti hari ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka.



Tidak lupa juga kepada rakan -rakan kerana selalu bekerja sama membantu dalam pelajaran dan bertukar pendapat.



Akhir sekali, kepada adik-adik, saya doakan supaya adik -adik berjaya dan belajarlah bersungguh - sungguh dan janganlah berputus asa.



Sekian, terima kasih.





UCAPAN TAHNIAH



Assalamualaikum.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Beruasaha Tuan Guru Besar, guru -guru, yang diraikan Nor

Azlina Binti Ahmad dan rakan-rakan sekalian.



Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang untuk saya berucap di majlis yang mulia ini.



Rakan-rakan sekalian,



Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dimiliki oleh beliau. S aya berharap agar beliau bersyukur atas kejayaan ini.



Hadirin sekalian,



Kita semua ingin mengetahui bagaimanakah caranya beliau membahagikan masa untuk belajar dan bermain. Saya berharap dengan cara yang akan beliau berikan nanti, rakan -rakan akan meraih kejayaan yang cemerlang seperti beliau.



Selama ini beliau berusaha bersungguh -sungguh untuk mencapai kejayaan seperti hari ini. Hari ini beliau telah mencapai kejayaan dengan usaha gigih dan berkat doa beliau sendiri berserta ibu bapanya.



Akhir sekali, sebelum saya mengundur diri sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada beliau. Teruskan usaha anda dan capailah kejayaan yang lebih cemerlang.



Sekian, terima kasih.









UCAPAN TAKZIAH



Assalamualaikum .



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yan g Berbahagia

Tuan Guru Besar , guru -guru ,dan rakan- rakan yang dikasihi sekalian.



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap di pagi yang mulia ini .



Hadirin sekalian,



Saya ingin mengucapkan takziah kepada Nurul Nadia binti Abdul Ghani yang telah terlibat dalam kebakaran baru -baru ini.



Saya berharap agar Nurul tidak terlalu sedih dan bersabar atas apa yang menimpa diri Nurul. Sebenarnya ini adalah dugaan dari Yang Maha Esa. Mungkin di sebalik peristiwa ini ada hikmah yang tersembunyi .



Kami sedia menghulurkan bantuan serta sumbangan jikalau Nurul memerlukan apa - apa pertolongan.Saya bagi piha k murid tahun enam menghulurkan bantuan sebanyak RM 100.00.

Untuk mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ucapkan takziah. Sekian, terima kasih.



Tip

Semua karangan jenis ucapan mempunyai kata aluan yang hampir sama. Lihat contoh di bawa h. Cuba kamu perhatikan penggunaan huruf besar pada tempat yang tertentu. Lihat juga penggunaan kata penegasan.



Assalamualaikum

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha

Tuan Guru Besar, guru -guru khususnya guru-guru Tahun Enam dan pelajar sekalian. Hadirin yang saya hormati sekalian.

Tujuan saya berdiri di sini adalah untuk menyampaikan satu ucapan sempena majlis perpisahan murid-murid Tahun Enam. Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kerana dib eri peluang berucap di majlis ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa tanpa kita sedari sudah enam tahun masa berlalu dan sudah ..





Karangan Jenis Syarahan.





1. Syarahan biasanya berdasarkan satu -satu tajuk tertentu dan dipertandingkan.

2. Memberi ucapan salam dan menyebut nama -mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihak -pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

3. Bahasa yang digunakan harus mud ah difahami, padat, tegas dan berkesan serta menyakinkan.

4. Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.

5. jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan.

6. kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ’tuan-tuan dan puan yang saya hormati ’ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita men gemukakan sesuatu isi ).

7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu

8. kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik

9. mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih



- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

b] kata penegasan contoh Tuan -tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )





Anda dikehendaki menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ’Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah“.



Pengenalan kata-kata aluan ucapan terima kasih



Perenggan ke-2tajuk syarahan



Perenggan ke-3melibatkan diri dalam kegiatan ko -kurikulum

dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan



Perenggan ke-4membaca untuk mengisi masa lapang banyak bahan bacaan

aktiviti yang paling berfaedah



Penutup ucapan terima kasih



Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru -guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapakan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tajuk syarahan saya ialah ’Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah“. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara -perkara yang berfaedah.

Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat menambahakan pengalaman serta ilmu pengetahuan.

Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yan paling berfaedah untuk mengisi masa lapang.

Hadirin sekalian,

Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa lapang.

Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum.







SOALAN: Andaikan bahawa anda terpilih mewakili kelas anda untuk menyampaikan syarahan.Tajuk syarahan itu ialah…Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik….Sediakan teks syarahan anda tersebut.



RANGKA

1.PENDAHULUAN.

-ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim,Guru Besar ,guru -guru ,dan rakan-rakan sekalian.

2.ISI

a) banyak mendatangkan keburukan -jika terlalu boros berbelanja ,kita tidak akan mempunyai wang pada masa kita memerlukannya-makanan yang dibeli secara berlebihan akan terbuang.

b) membuang masa dengan cara tidak berfaedah adalah amalan buruk -masa itu emas-gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.

c) membazir air dan elektrik -bil air dan elektrik meningkat -terpaksa mencatu air pada musim kemarau.

3.PENUTUP

membazir sememangnya amalan yang tidak baik -banyak mendatangkan keburukan.



KARANGAN







Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru -guru,dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pa da kali ini ialah

”Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik. Hadirin sekalian,

Kata ”membazir ”bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang.Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan.Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar -benar memerlukannya.Makanan yang dibeli secara berlebihan mun gkin tidak termakan dan akan dibuang.

Selain dari itu ,membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran.bagi seorang murid,masa itu adalah emas.Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik.Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil -bil berkenaan. Pada musim kemarau pula,kita akan menghada pi masalah kekurangan air dan terpasa dicatu.



Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini.Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatanglan keburukan kepada kita.

Sekian,terima kasih.













Tajuk : Anda menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk yng telah anda pilih ialah ’ Faedah

Membaca“







Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru -guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualailum dan selamat sejahtera.



Tajuk syarahan saya ialah ’ Kepentingan Membaca“. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.



Saudara dan saudari sekalian,



Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti ber main-main dan merayau- rayau di kedai-kedai dan sebagainya.



Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.



Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Ma nusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.



Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.









Kamu telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Hijau yang telah diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah Menjaga Alam Sekitar. Tuliskan syrahan kamu itu.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru -guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ’Menjaga Alam Sekitar“.

Hadirin hadirat sekalian,

Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.

Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap -asap kotor daripada kenderaan d an kilang- kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran ala m sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara -perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama -sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.



Sebagai mengakhiri syarahan ini , saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.



Sekian, terima kasih



Karangan jenis berita



1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?



3.Apa ?

menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita



4.Siapa ?

nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku



5. Bila ?

menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat

untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu“



1.Mengapa ?

sebab-sebab peristiwa berlaku

jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan ”belum diketahui… atau ”pihak polis belum mendapat bukti …



2.Di mana ?

tempat kejadian peristiwa

jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daera h yang terpencil, letakkan sekali nama negeri

Bagaimana ?

menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.



3.Mulakan penulisan dengan mencatatkan ’tempat“ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku. Contoh : JERTEH, 24 Disember -



Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)

4.Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.

5.Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.

6.Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian -huraian yang lebih ’panjang-lebar“.

7.Nyatakan bahagian penutup secara ringkas









SOALAN;


CONTOH KARANGAN BERITA



Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala lumpur.Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut.Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.





Rangka.

1. PENDAHULUAN:

Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.

2. ISI

a) berjaya mengesan beberapa kereta curi -siasatan dibuat beberapa minggu lalu -beberapa orang ditahan.

b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima orang ditahan -salah seorang ialah

pakar mekanik.

c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.

3.PENUTUP

seoarang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang



lelaki




berkenaan.



CONTOH KARANGAN.



KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya.Pihak p olis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu.Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh.Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik

Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut.Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.







Karangan Jenis Perbahasan



1. Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

2. Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang yang bertentangan iaitu :

pihak pencadang pihak pembangkang

3. Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat -pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.

4. Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah -hujah anda

5. Pastikan kamu telah mengenalpasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.

- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )



’Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk “. Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.



Pengenalan kata-kata aluan

tajuk yang hendak dibahaskan

Perenggan ke-2 tidak bersetuju dengan tajuk

alat media massa yang terkenal menyiarkan banyak rancangan

Perenggan ke-3 rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah dapat mengetahui perkembangan dunia

Perenggan ke-4 banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci

Penutup tegaskan pendapat anda tentang tajuk perbahasan ucapan terima kasih



Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, Guru Besar, guru -guru, para hakim yang arif, b arisan pihak pencadang dan rakan-rakan pelajar sekalian. Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk “.

Saya bersama-sama rakan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tajuk yang diberikan itu.

Sebagaimana yang diketahui umum, televisyen adalah suatu alat media massa yang terkenal pada masa kini. Setiap hari, ia menyiarkan berbagai -bagai rancangan seperti filem rancana, berita, drama dan lain -lain lagi.

Rancang berita sama ada berita dalam negeri atau pun berita dunia dan juga laporan peristiwa memang berfaedah kepada penonton. Mereka dapat mengetahui perkembangan dunia dengan duduk di rumah sahaja.

Banyak rancangan televisyen lain yang dapat menambahakan ilmu pengetahuan para penonton misalnya ’Hari Ini Dalam Sejarah“, ’Siaran Ke Sekolah-sekolah“ , ’TV Pendidikan“ dan lain-lain lagi. Filem- filem dokumentari yang sering ditayangkan melalui televisyen dapat membantu pelajar mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa menonton televisyen mendatangkan kesan yang baik dan bukan yang sebaliknya. Sebelum mengudur diri , sekali lagi saya tegaskan pendirian kami membangkang tajuk di atas. Sekian , terima kasih.



Tajuk : Anda adalah pencadang dala m pertandingan perbahasan peringkat daerah. Tajuk perbahasan ialah

’Wanita Lebih Baik Bekerja Daripada Tinggal Di Rumah “.



Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang yang dihormati, dan para hadirin sek alian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebagaimana yang diketahui, tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah ’ Wanita Lebih Baik Bekerja

Daripada Tinggal Di Rumah“. Kami sebagi pencadang tetap menyokong tajuk ini. Hadirin sekalian.

Pada masa kini, wanita dan lelaki ternyata berada pada tahap yang sama terutamanya daripada segi pendidikan. Wanita kini sudah mempunyai keupayaan untuk memegang sebarang jawatan yang dipertanggungjawabkan kerana mereka mempunyai kelayakan. Jadi, wanita ti dak perlu duduk di ceruk dapur sahaja.

Saudara dan saudari.

Sekiranya wanita bekerja, mereka boleh membantu menambahkan pendapatan keluarga. Bagi golongan suami yang berpendapatan rendah sudah tentu menghadapi masalah untuk menyara keluarga, terutamanya mereka yang hidup di bandar. Oleh itu, jika isteri bekerja, bebanan itu menjadi ringan.

Selain itu, terdapat juga pekerjaan yang tidak sesuai dengan kaum lelaki seperti jururawat. Tugas ini mesti dijalankan oleh wanita kerana memerlukan sifat ketekunan, ke telitian, kegigihan, dan kesabaran.

Jadi, sebelum saya menamatkan hujah saya, ingin saya tegaskan bahawa wanita lebih baik bekerja daripada tinggal di rumah. Sekian terima kasih.





Karangan Jenis Peribahasa



1. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , p erumpamaan , pepatah , dan bidalan.

2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas -jelasnya.

3. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai -nilai murni.

4. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.





Biar Lambat Asalkan Selamat



Pengenalan maksud peribahasa

Perenggan ke-2sesetengan orang tidak sabar dalam sbarang pekerjaan



Perenggan ke-3 contoh seorang pemandu kenderaan

pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya





Perenggan ke-4 berlaku perkara yang tidak diingini menyesal

Penutup peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini





Peribahasa ’Biar Lambat Asal Selamat“ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hen dak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati -hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.

Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.

Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia igin segera samapai ke tempat yang hendak ditujuinya. Tanpa disedarinya, perbuatannya itu berbahaya ke pada dirinya sendiri dan juga orang lain.

Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.

Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

Selasa, 6 Disember 2011

Karangan Jenis Fakta / Rencana


ditulis dalam bentuk format biasa

karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.

jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya

fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk ”Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid.

pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk. senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya. setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi

pastikan anda dapat menyediakan 4 isi

kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi

setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.

masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup. gunakan bahasa yang tepat, usah leret -leret.



Soalan

Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.




Rangka Karangan :



Pendahuluan - alat komunikasi rekaan sains

- penggunaannya meluas



Perenggan ke-2 - digunakan di pejabat-pejabat

- menyimpan data-data

- menjalankan tugas dengan cepat



Perenggan ke-3 - pengunaan komputer di pusat -pusat perubatan

- mengesan penyakit

- membantu mengesan penyakit



Perenggan ke-4- pengunaan komputer dalam pelajaran

- mengajar Matematik, Sains dan Bahasa



Penutup - keuntungan menggunakan komputer

- jimat masa dan wang



- bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar



Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas. Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.



Komputer sering digunakan di pejabat -pejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.



Pusat-pusat perubatan juga menggunak an komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.



Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya kan sekolah menggunakan komputer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya.



Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh akal manusia.







Tajuk : Banjir



Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya negeri -negeri Pantai

Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti -henti selama beberapa hari.

Biasanya banjir melanda kawasan -kawasan yang rendah dan berhampiran sungai. Apabila najir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan mati. Para petani akan mengalami kerugian besar.

Banjir juga mengancam manusia. Kita tida k boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.

Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.







Tajuk : ” Kepentingan Kenderaan …



Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini di gerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.

Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangku tan . Ini termasuklah mengangkut barang -barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan seba gainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.

Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana -mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu -satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.

Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang -barang perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah pembangunan.

Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang d iambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.

Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat d an cepat.



Tip :

Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.



Karangan Jenis Perbincangan



1. Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan persoalan.

2. setelah mengemukakan pengenalan ( maks ud atau definisi tajuk )

3. perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah tajuk

4. tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )

5. setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting d idahulukan )

6. kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik )

7. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk ).





Tinggal di kampung lebih baik tinggal di bandar.



Pendahuluan :

n ulasan kamu mengenai tempat tinggal kamu

n pilihlah yang mana sesuai isi

i. alam sekitar

n udara , bunyi , air ii. jimat perbelanjaan

n sumber makanan yang murah dan segar iii. hidup berjiran

n tolong-menolong , bekerjasama iv. suasana lebih aman

n jauh daripada kesibukan , jenayah , kecurian



Penutup

penegasan kepada tajuk





Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di bandar.



Saya suka tinggal di kampung kerana di sini terdapat pokok -pokok yang menghijau, burung -burung berkicauan dan sungai -sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.



Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.



Orang-orang di kampung hidup tolong -menolong , bergotong-royong dan bertegur -sapa di antara satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh -pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhka n moral.



Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.









Tajuk : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.



Televisyen merupakan alat cip taan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini.

Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain. Selain itu, terdapat juga rancangan -rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.



Namun begitu, menonton televisyen ju ga boleh melalaikan dan membuang masa di depan televisyen terutamanya pelajar-pelajar. Mereka lebih suka menghabiskan masa di depan televisyen tanpa

menghiraukan pelajaran.

Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas -batas kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.



Karangan Jenis Laporan.



Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir -butir yang munasabah atau lojik.

Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.

Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.

Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat



Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.


atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah -tengah. Boleh ditulis dalam dua barid jika tajuk tertalu panjang.

Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir.

Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor. Tandatangan pelapor Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor. Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan. Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di

hujungnya .

Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili



Contoh Karangan Laporan.

Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda.Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan -kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.

Rangka:

1.Pendahuluan:

penubuhan persatuan -anggota persatuan-tujuan penubuhan

2.Isi

a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains -pemenang b) ceramah -pensyarah dari USM

c) gotong-royong-membersihkan kawasan sekolah d) lawatan ke Taman Ular

3.Penutup

-berterima kasih kepada guru penasihat.



KARANGAN



Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau .



Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota -anggota persatuan ini berjumlah

60 orang.Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam.Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sa ins dan Matematik.Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar -tukar pendapat tentang pelajaran masing -masing.

Persatuan ini telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan -kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah …Peraduan Menulis

Esei Tentang Sains….Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan.

Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.

Kami juga menganjurkan cerama h tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia.Selain itu ,kami turut mengadakan gotong -royong membersihkan kawasan



sekolah.Kami memeperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.

Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan -kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.



Disediakan oleh, 25 Januari 1996



Azmi



(AZMI SULAIMAN)

Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains

Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.









- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah ) a] tajuk / perkara ( jika tiada - tolak 1 markah ) b] nama pelapor ( jika tiada - tolak 1 markah )

- boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa / catatan





Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai setiausaha

Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut.



LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU



Pada 15 hingga 22 Febuari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut , Encik Ahmad Harif.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan pengunaan ba hasa baku di kalangan murid - murod. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami bahasa kebangsaan.

Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid -murid Tahun 4, 5 dan 6 pertandingan syarahan, per bahasan, mengarang esei telah dianjurkan. Manakala bagi murid -murid Tahun 1,

2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan bercerita.

Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.



Disediakan oleh,







Osman



( OSMAN BIN JUSOH ) Setiausaha,

Badan Pengawas,

Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.



Karangan Jenis Surat Rasmi



Surat rasmi ditulis untuk tujuan -tujuan seperti yang berikut antaranya :

a. memohon pekerjaan

b. membuat aduan / bantahan / cadangan c. membuat rayuan

d. membuat jemputan rasmi e. menempah barangan



f. meminta kebenaran

g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi



1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )

2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

3. Perhatikan format di bawah.



Alamat Penulis







( garisan panjang )



Jawatan / penerima

Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri) Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)



Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat disebelah kiri )



2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaiakn sekurang - kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain )



3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan .)



(Penutup)



Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf y ang digunakan)







Nama Penuh ( HURUF BESAR) Jawatan ( Huruf Kecil )







Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan

Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi mengantikan bola yang telah rosak.



Rangka



1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf be sar ) ( jangan lupa tanda koma dihujungnya )

kemudian selang satu baris

2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris

3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )

4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )

5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )

6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )

7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )

8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi

- memerlukan bola baru

( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )

9. perenggan ke-3 berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu



10. perenggan ke-4 mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan



11. penutup terima kasih

12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )

13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan

14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )

15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan ko ma.





Pasukan Bola Jaring,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,

22000 Jerteh.





Encik Musa Bin Hassan, Setiausaha Sukan,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,

22000 Jerteh. 24 APRIL 1998. Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama



Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.



2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.



3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.



4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.



Sekian, terima kasih



Yang benar,



Widyawati



( WIDYAWATI BINTI HUSAIN ) Ketua Pasukan,

Pasukan Bola Jaring,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.



- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah ) a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah ) b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah ) c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah ) d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah ) e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )



- isi mengikut perenggan biasa



Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar

Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.



Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Darau,

22000 Jerteh, Terengganu.



Ketua Pengarang,

Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) , Berita Harian Sendirian Berhad,

31, Jalan Riong,

59100 Kuala Lumpur. 10 JANUARI 1997. Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar



Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) pada 27 Januari

1997, jam 9.30 pagi.

2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pe lajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.

3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.



Sekian.



Yang benar,



Nazimah

..

( NAZIMAH NAZIM )

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Darau,

22000 Jerteh, Terengganu.









Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )


Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1. Surat ucap tahniah

2. Surat ucap takziah

3. bertanya khabar berita

4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat

5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru

6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga

7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain

8. dan sebagainya



Tahukah kamu ?

Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A : 8 Februari 1998.

Cara B : 8 hb. Februari, 1998.

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.

Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pe rtanyaan yang dikemukkan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :

nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi. Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

( Nama Penulis )............



( Alamat ).......................

.......................................

.......................................

Tarikh :



(Tertip menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat )

.............................................................................................................................................. ................

.. .............................................................................................................................................................. Saudara, (atau yang lain)

(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................

.. ............................................................................................................................. .................................

............................................................................................................................................................

................................................................. ...............................................................................



Yang benar,





................. ( Nama Huruf Besar )





Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.



1 Nama dan alamat pengirim (kanan)

2 Tarikh (kanan)

3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata -kata pujian

4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)

5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis

6 Perenggan ke-2buah-buahan sedang masak

ayah memajak sebahagian sahaja

keluarga serta kawan-kawan dapat merasai

7 Perenggan ke-3boleh ajak kelurga serta kawan -kawan bersama-sama terima kasih

8 Penutup

9 Tandatangan pengirim (kanan)

7 Perakuan diri (kanan)



Faridah Binti Osman

49, Kampung Darau,

22000 Jerteh, Terengganu.

2 Julai 1998. Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga berada dalam

keadaan sihat sejahtera.



Saudari,



Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada c uti hujung bulan nanti.



Untuk pengetahuan saudari, buah -buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah -buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat ha ndai kami sama-sama dapat merasainya.



Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama -sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenekkan buah manggis, rambutan, lan gsat serta durian.



Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu.



Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti.



Sekian , terima kasih.





Yang benar,

Faridah








- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,







- tolak 3 markah )

( FARIDAH OSMAN )


a] alamat ( salah letak / jika tiada

- tolak 1 markah )




b] tarikh ( salah letak / jika tiada

- tolak 1 markah )




c] kata sapaan ( salah letak / jika tiada

- tolak 1 markah )




d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada

- tolak 1 markah )




e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada

- tolak 1 markah )






Tahukah kamu ?

Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ’ketinggalan zaman䀆 jika anda menulis

nama pada alamat di atas sekali.





PENGALAMAN DI SEKOLAH BARU



294 , Kampung Darau, Jalan Awek,

22000 Jerteh, Besut, Terengganu.

17 September 1997.



Assalamualaikum.



Menemui sahabatku , Suzilaini yang kini berada di Kampung

Minangkabau semoga berada di dalam situasi yang meyakinkan. Apa khabar saudari? Saudari,

Tujuan saya mengutus warkah yang tidak seberapa ini adalah

untuk menceritakan tentang pengalaman saya di sekolah baru saya iaitu Sekolah Kebangsaan Darau.



Pada hari pertama di sini, saya didaftarkan. Saya berkenalan dengan rakan -rakan sekelas. Mereka sungguh baik hati dan bersopan santun. Mereka juga selalu menolong saya ketika dalam kesusahan.



Pada waktu rehat saya memerhati kawasan sekeliling sekolah itu. Ia bersih dan kemas. Disiplin di sekolah itu juga ketat . Saya lihat, semua pelajar di sekolah berkenaan begitu mematuhi peraturan.



Setakat ini sahaja yang dapat saya co retkan. Semoga bersua lagi di lain lembaran. Sekian, terima kasih.



Sahabatmu,







(Yusni Amran)









SURAT MINTA KEBENARAN





Dorm C, Asrama Perkaya,

22300 Dungun, Terengganu.

14 Mei 1997.



Assalamualaikum.

Menemui ayahanda yang dikasihi, semoga berada di dalam lindungan rahmat Ilahi. Ayahanda,

Apa khabar keluarga di sana? Anakanda berharap agar semuanya berada dalam keadaan sihat. Anakanda di asrama sihat sejahtera.



Tujuan anakanda menulis surat ini ialah untuk meminta kebenaran ayahanda untuk

menyertai rombongan yang diadakan oleh sekolah anakanda. Rombongan ini akan melawat beberapa tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Lawatan tersebut akan diadakan pada 13 Mei 1997.



Untuk tujuan tersebut, anakanda memerlukan wang sebanyak RM 100.00 sebagai bayaran tambang , penginapan,dan selebihnya sebagai wang saku.







di sana.


Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada anakanda khas untuk ayahanda dan keluarga





Sekian ,terima kasih.







Anakanda yang jauh,









(Saiful Anwar)













Tajuk : Kamu mempunyai seorang sahabat yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu itu. Tanyakan tentang persediaannya dan seterusnya usaha -usaha yang kamu berdua lakukan untuk lebih berjaya dalam peperiksaan itu kelak .



127, Simpang Enam Mawar,

22000 Jerteh, Terengganu Darul Iman.

24 Mac 1997



Ke hadapan sahabatku Halim yang berada di Kuantan, semoga di dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara,


Kira-kira dua bulan lagi kita akan menghadapi p eperiksaan UPSR. Mungkin ketika ini saudara telah bersedia. Saya beranggapan begitu kerana sajak dari dahulu lagi saudara mengamalkan prinsip iaitu belajar bersungguh-sungguh bagaikan esok hari peperiksaan.

Saya juga berusaha mengamalakan prinsip saudara. Tetapi, saya ingin menambah, mungkin saudara bersetuju bahawa pembelajaran di kelas sahaja tidak mencukupi. Kita juga perlu rajin membaca

surat khabar atau majalah untuk mempertingkatkan Bahasa Melayu. Bagi pelajaran lain seperti Matemtik, kita hendaklah rajin membuat latihan sendiri.

Guru saya selalu menasihati agar kita jangan mudah berasa puas hati dengan ilmu di dada. Rajin - rajinlah membuat rujukan. Sehubungan dengan itu bersama -sama ini saya sertakan contoh -contoh soalan peperiksaan sekolah saya untu k rujukan saudara.

Semoga kita sama-sama berjaya mendapatkan lima ’A“ dalam peperiksaan UPSR kelak. Untuk mengakhiri lembaran ini , saya mengucapkan selamat maju jaya.

Sekian sahaja. Terima kasih.





Sahabatmu,





..... .. ( ABDULLAH SANI )