Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang saya ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi

Isnin, 5 Disember 2011

Contoh Karangan

CONTOH KARANGAN


Karangan Jenis Bergambar

Karangan Bergambar Tunggal

· Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang tel ah disediakan.

· Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas

· Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana.

· Sewaktu menulis , pastikan diri terlib at di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.

· Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.



Karangan Bergambar Bersiri

· Karangan hendak berpandukan gambar -gambar yang telah disediakan.

· Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.

· Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar .

· Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.

· Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.









Karangan Jenis Autobiografi

1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.

2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.

3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana

4. Aturan membina karangan

· tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus

· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik

· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat

· perasaan - sedih atau gembira

5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.

6. paparkan nilai-nilai murni







Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.


Pengenalan berasal dari Jepun

dibuat di sebuah kilang besi waja

terdiri daripada besi waja, getah dan plastik



Perenggan ke-2 disebut basikal dipamerkan

berasa sungguh gembira



Perenggan ke-3 menaiki sebuah kapal dagang berasa sungguh bangga



Perenggan ke-4nasib malang

kapal karam

dijumpai oleh penyelam dijual sebagai besi buruk



Penutup menjadi bahan terbuang

kesal kerana tidak dapat berbakti



Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit “. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.

Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain

dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian aku dan kawan -kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,

aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan -kawanku lemas. Setahun

kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.

Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.







Tajuk : Aku sehelai baju


Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah

patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda

memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan -kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cu ba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama -kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamat kan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan