Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang saya ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi

Rabu, 7 Disember 2011



Karangan Jenis Ucapan



1. ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu.

2. mulakan karangan ucapan dengan kata -kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan penutup.

3. nyatakan tujuan ucapan.

4. Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan.

5. pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian para hadirin.

6. bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majli s yang sebenar.

7. Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya.

8. mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , t olak 1 markah )

b] kata penegasan contoh Tuan -tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )



Anda telah terpilih untuk mewakili rakan -rakan anda untuk memberi ucapan dalam perhimpunan sempena sambutan ’Hari Guru“ di sekolah anda. Tuliskan ucapan tersebut.



Pengenalan : kata-kata aluan kepada hadirin

terima kasih kerana diberi peluang berucap



Perenggan ke-2tujuan diadakan perayaan itu jasa dan bakti guru



Perenggan ke-3pengorbanan guru besar sekali

tanpa guru , pengajar an dan pelajaran tidak sempurna guru patut dikenang dan disanjung tinggi



Perenggan ke-4guru membimbing dan mendidik kita

kita mesti belajar bersungguh -sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka



Penutup ucapan terima kasih kepada semua guru ucapan selamat menyambut ’Hari Guru“





UCAPAN HARI GURU



Assalamualaikum.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru -guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.



Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Ma jlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.



Hadirin sekalian,



Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk men genang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini.



Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.

Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan be rsungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.



Hadirin sekalian



Terima kasih saya ucapkan kepada guru -guru yang telah mengajar , mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru.



Sekian, terima kasih.









Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Yang Diraikan guru -guru dan rakan-rakan sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di majlis ini.

Saya berasa bangga dan gembira ker ana dapat menyambut Hari Guru pada hari ini. Kita semua patut bersyukur kerana dapat bertemu pada hari yang mulia ini. Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.



Rakan-rakan sekalian,



Kita semua harus berterima kasih di atas segala jasa yang g uru kita berikan. Jasa mereka terlalu banyak. Kita haruslah menghargainya dengan sebaik -baiknya.

Kami doakan supaya guru-guru dirahmati Allah s.w.t. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam keadaan bahagia selalu.

Kami juga ingin meminta maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan. semua orang yang pernah melakukan kesalahan. Kami harap guru -guru dapat memaafkan kami. Kami berjanji akan patuh kepada semua arahan guru.

Akhir kata , saya ingin sekali lagi mengucapkan selamat Hari Guru. semoga k ita dapat berjumpa lagi di majlis seperti ini di tahun-tahun akan datang. Sekian, terima kasih.









UCAPAN PELAJAR CEMERLANG



Assalamualaikum,



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Haji Nawi Jaafar, guru -guru dan rakan - rakan sekalian.



Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana sanggup memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.



Rakan-rakan sekalian,



Saya berasa terharu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuas a pemilihan kerana memilih saya sebagai pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Darau pada tahun ini.



Guru-guru sekalian,



Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru -guru kerana telah mengajar dan mendidik saya sehingga berjaya dalam UPSR dan di pilih pu la sebagai pelajar cemerlang.Sebenarnya kejayaan saya ini bukanlah hasil saya seorang tapi dengan adanya usaha guru saya berjaya.



Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang selalu mendorong saya sehingga mencapai kejayaan seperti hari ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka.



Tidak lupa juga kepada rakan -rakan kerana selalu bekerja sama membantu dalam pelajaran dan bertukar pendapat.



Akhir sekali, kepada adik-adik, saya doakan supaya adik -adik berjaya dan belajarlah bersungguh - sungguh dan janganlah berputus asa.



Sekian, terima kasih.





UCAPAN TAHNIAH



Assalamualaikum.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Beruasaha Tuan Guru Besar, guru -guru, yang diraikan Nor

Azlina Binti Ahmad dan rakan-rakan sekalian.



Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang untuk saya berucap di majlis yang mulia ini.



Rakan-rakan sekalian,



Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dimiliki oleh beliau. S aya berharap agar beliau bersyukur atas kejayaan ini.



Hadirin sekalian,



Kita semua ingin mengetahui bagaimanakah caranya beliau membahagikan masa untuk belajar dan bermain. Saya berharap dengan cara yang akan beliau berikan nanti, rakan -rakan akan meraih kejayaan yang cemerlang seperti beliau.



Selama ini beliau berusaha bersungguh -sungguh untuk mencapai kejayaan seperti hari ini. Hari ini beliau telah mencapai kejayaan dengan usaha gigih dan berkat doa beliau sendiri berserta ibu bapanya.



Akhir sekali, sebelum saya mengundur diri sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada beliau. Teruskan usaha anda dan capailah kejayaan yang lebih cemerlang.



Sekian, terima kasih.









UCAPAN TAKZIAH



Assalamualaikum .



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yan g Berbahagia

Tuan Guru Besar , guru -guru ,dan rakan- rakan yang dikasihi sekalian.



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap di pagi yang mulia ini .



Hadirin sekalian,



Saya ingin mengucapkan takziah kepada Nurul Nadia binti Abdul Ghani yang telah terlibat dalam kebakaran baru -baru ini.



Saya berharap agar Nurul tidak terlalu sedih dan bersabar atas apa yang menimpa diri Nurul. Sebenarnya ini adalah dugaan dari Yang Maha Esa. Mungkin di sebalik peristiwa ini ada hikmah yang tersembunyi .



Kami sedia menghulurkan bantuan serta sumbangan jikalau Nurul memerlukan apa - apa pertolongan.Saya bagi piha k murid tahun enam menghulurkan bantuan sebanyak RM 100.00.

Untuk mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ucapkan takziah. Sekian, terima kasih.



Tip

Semua karangan jenis ucapan mempunyai kata aluan yang hampir sama. Lihat contoh di bawa h. Cuba kamu perhatikan penggunaan huruf besar pada tempat yang tertentu. Lihat juga penggunaan kata penegasan.



Assalamualaikum

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha

Tuan Guru Besar, guru -guru khususnya guru-guru Tahun Enam dan pelajar sekalian. Hadirin yang saya hormati sekalian.

Tujuan saya berdiri di sini adalah untuk menyampaikan satu ucapan sempena majlis perpisahan murid-murid Tahun Enam. Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kerana dib eri peluang berucap di majlis ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa tanpa kita sedari sudah enam tahun masa berlalu dan sudah ..





Karangan Jenis Syarahan.





1. Syarahan biasanya berdasarkan satu -satu tajuk tertentu dan dipertandingkan.

2. Memberi ucapan salam dan menyebut nama -mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihak -pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

3. Bahasa yang digunakan harus mud ah difahami, padat, tegas dan berkesan serta menyakinkan.

4. Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.

5. jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan.

6. kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ’tuan-tuan dan puan yang saya hormati ’ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita men gemukakan sesuatu isi ).

7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu

8. kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik

9. mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih



- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

b] kata penegasan contoh Tuan -tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )





Anda dikehendaki menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ’Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah“.



Pengenalan kata-kata aluan ucapan terima kasih



Perenggan ke-2tajuk syarahan



Perenggan ke-3melibatkan diri dalam kegiatan ko -kurikulum

dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan



Perenggan ke-4membaca untuk mengisi masa lapang banyak bahan bacaan

aktiviti yang paling berfaedah



Penutup ucapan terima kasih



Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru -guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapakan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tajuk syarahan saya ialah ’Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah“. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara -perkara yang berfaedah.

Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat menambahakan pengalaman serta ilmu pengetahuan.

Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yan paling berfaedah untuk mengisi masa lapang.

Hadirin sekalian,

Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa lapang.

Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum.







SOALAN: Andaikan bahawa anda terpilih mewakili kelas anda untuk menyampaikan syarahan.Tajuk syarahan itu ialah…Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik….Sediakan teks syarahan anda tersebut.



RANGKA

1.PENDAHULUAN.

-ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim,Guru Besar ,guru -guru ,dan rakan-rakan sekalian.

2.ISI

a) banyak mendatangkan keburukan -jika terlalu boros berbelanja ,kita tidak akan mempunyai wang pada masa kita memerlukannya-makanan yang dibeli secara berlebihan akan terbuang.

b) membuang masa dengan cara tidak berfaedah adalah amalan buruk -masa itu emas-gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.

c) membazir air dan elektrik -bil air dan elektrik meningkat -terpaksa mencatu air pada musim kemarau.

3.PENUTUP

membazir sememangnya amalan yang tidak baik -banyak mendatangkan keburukan.



KARANGAN







Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru -guru,dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pa da kali ini ialah

”Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik. Hadirin sekalian,

Kata ”membazir ”bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang.Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan.Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar -benar memerlukannya.Makanan yang dibeli secara berlebihan mun gkin tidak termakan dan akan dibuang.

Selain dari itu ,membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran.bagi seorang murid,masa itu adalah emas.Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik.Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil -bil berkenaan. Pada musim kemarau pula,kita akan menghada pi masalah kekurangan air dan terpasa dicatu.



Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini.Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatanglan keburukan kepada kita.

Sekian,terima kasih.













Tajuk : Anda menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk yng telah anda pilih ialah ’ Faedah

Membaca“







Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru -guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualailum dan selamat sejahtera.



Tajuk syarahan saya ialah ’ Kepentingan Membaca“. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.



Saudara dan saudari sekalian,



Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti ber main-main dan merayau- rayau di kedai-kedai dan sebagainya.



Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.



Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Ma nusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.



Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.









Kamu telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Hijau yang telah diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah Menjaga Alam Sekitar. Tuliskan syrahan kamu itu.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru -guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ’Menjaga Alam Sekitar“.

Hadirin hadirat sekalian,

Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.

Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap -asap kotor daripada kenderaan d an kilang- kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran ala m sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara -perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama -sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.



Sebagai mengakhiri syarahan ini , saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.



Sekian, terima kasih



Karangan jenis berita



1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?



3.Apa ?

menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita



4.Siapa ?

nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku



5. Bila ?

menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat

untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu“



1.Mengapa ?

sebab-sebab peristiwa berlaku

jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan ”belum diketahui… atau ”pihak polis belum mendapat bukti …



2.Di mana ?

tempat kejadian peristiwa

jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daera h yang terpencil, letakkan sekali nama negeri

Bagaimana ?

menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.



3.Mulakan penulisan dengan mencatatkan ’tempat“ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku. Contoh : JERTEH, 24 Disember -



Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)

4.Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.

5.Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.

6.Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian -huraian yang lebih ’panjang-lebar“.

7.Nyatakan bahagian penutup secara ringkas









SOALAN;


CONTOH KARANGAN BERITA



Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala lumpur.Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut.Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.





Rangka.

1. PENDAHULUAN:

Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.

2. ISI

a) berjaya mengesan beberapa kereta curi -siasatan dibuat beberapa minggu lalu -beberapa orang ditahan.

b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima orang ditahan -salah seorang ialah

pakar mekanik.

c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.

3.PENUTUP

seoarang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang



lelaki




berkenaan.



CONTOH KARANGAN.



KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya.Pihak p olis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu.Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh.Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik

Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut.Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.







Karangan Jenis Perbahasan



1. Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

2. Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang yang bertentangan iaitu :

pihak pencadang pihak pembangkang

3. Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat -pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.

4. Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah -hujah anda

5. Pastikan kamu telah mengenalpasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.

- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )



’Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk “. Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.



Pengenalan kata-kata aluan

tajuk yang hendak dibahaskan

Perenggan ke-2 tidak bersetuju dengan tajuk

alat media massa yang terkenal menyiarkan banyak rancangan

Perenggan ke-3 rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah dapat mengetahui perkembangan dunia

Perenggan ke-4 banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci

Penutup tegaskan pendapat anda tentang tajuk perbahasan ucapan terima kasih



Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, Guru Besar, guru -guru, para hakim yang arif, b arisan pihak pencadang dan rakan-rakan pelajar sekalian. Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk “.

Saya bersama-sama rakan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tajuk yang diberikan itu.

Sebagaimana yang diketahui umum, televisyen adalah suatu alat media massa yang terkenal pada masa kini. Setiap hari, ia menyiarkan berbagai -bagai rancangan seperti filem rancana, berita, drama dan lain -lain lagi.

Rancang berita sama ada berita dalam negeri atau pun berita dunia dan juga laporan peristiwa memang berfaedah kepada penonton. Mereka dapat mengetahui perkembangan dunia dengan duduk di rumah sahaja.

Banyak rancangan televisyen lain yang dapat menambahakan ilmu pengetahuan para penonton misalnya ’Hari Ini Dalam Sejarah“, ’Siaran Ke Sekolah-sekolah“ , ’TV Pendidikan“ dan lain-lain lagi. Filem- filem dokumentari yang sering ditayangkan melalui televisyen dapat membantu pelajar mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa menonton televisyen mendatangkan kesan yang baik dan bukan yang sebaliknya. Sebelum mengudur diri , sekali lagi saya tegaskan pendirian kami membangkang tajuk di atas. Sekian , terima kasih.



Tajuk : Anda adalah pencadang dala m pertandingan perbahasan peringkat daerah. Tajuk perbahasan ialah

’Wanita Lebih Baik Bekerja Daripada Tinggal Di Rumah “.



Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang yang dihormati, dan para hadirin sek alian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebagaimana yang diketahui, tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah ’ Wanita Lebih Baik Bekerja

Daripada Tinggal Di Rumah“. Kami sebagi pencadang tetap menyokong tajuk ini. Hadirin sekalian.

Pada masa kini, wanita dan lelaki ternyata berada pada tahap yang sama terutamanya daripada segi pendidikan. Wanita kini sudah mempunyai keupayaan untuk memegang sebarang jawatan yang dipertanggungjawabkan kerana mereka mempunyai kelayakan. Jadi, wanita ti dak perlu duduk di ceruk dapur sahaja.

Saudara dan saudari.

Sekiranya wanita bekerja, mereka boleh membantu menambahkan pendapatan keluarga. Bagi golongan suami yang berpendapatan rendah sudah tentu menghadapi masalah untuk menyara keluarga, terutamanya mereka yang hidup di bandar. Oleh itu, jika isteri bekerja, bebanan itu menjadi ringan.

Selain itu, terdapat juga pekerjaan yang tidak sesuai dengan kaum lelaki seperti jururawat. Tugas ini mesti dijalankan oleh wanita kerana memerlukan sifat ketekunan, ke telitian, kegigihan, dan kesabaran.

Jadi, sebelum saya menamatkan hujah saya, ingin saya tegaskan bahawa wanita lebih baik bekerja daripada tinggal di rumah. Sekian terima kasih.





Karangan Jenis Peribahasa



1. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , p erumpamaan , pepatah , dan bidalan.

2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas -jelasnya.

3. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai -nilai murni.

4. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.





Biar Lambat Asalkan Selamat



Pengenalan maksud peribahasa

Perenggan ke-2sesetengan orang tidak sabar dalam sbarang pekerjaan



Perenggan ke-3 contoh seorang pemandu kenderaan

pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya





Perenggan ke-4 berlaku perkara yang tidak diingini menyesal

Penutup peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini





Peribahasa ’Biar Lambat Asal Selamat“ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hen dak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati -hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.

Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.

Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia igin segera samapai ke tempat yang hendak ditujuinya. Tanpa disedarinya, perbuatannya itu berbahaya ke pada dirinya sendiri dan juga orang lain.

Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.

Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan