Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang saya ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi

Selasa, 6 Disember 2011



Saya Seorang Pendidik 


Karangan Jenis Biografi 



Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya : 

tokoh-tokoh sejarah pemimpin tanahair tokoh sukan 

dan lain-lain 

Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan. 

Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir. 

Kamu tidak digalakkan menulis perkara -perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis. 



Soalan 

Pada cuti semester yang l alu anda telah tinggal bersama -sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pekacik anda itu dalam bentuk karangan. 



Pengenalan rumah pakcik tidak jauh dari kebun getah kepunyaan sendiri 



Perenggan ke-2keluar dari rumah awal pagi menunggang basikal 



Perenggan ke-3memakai topi berlampu suluh kerana masih gelap 

menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok 



Perenggan ke-4susu getah dikumpul 

dimasukkan ke dalam baldi kecil dipindahkan ke sebuah tangki besa r 



Penutup kerja siap pada pukul 12.00 

hantar susu getah ke pusat penjualan 



Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu kepunyaan dirinya sendiri. 

Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang sebuah basikal. 

Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja emnoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gel ap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja -kerja menoreh itu selesai dijalankan. 

Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan s7su getah itu ke dalam sebuah takungan besar. 

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghant ar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan. 



Sahabat Baik Saya 



Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara 



terbahagi kepada dua jenis 

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khaba r dan perbualan menerusi telefon.) 

ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara ) 

seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama setiap karangan ini mempunyai sekurang -kurangnya dua watak atau lebih 

sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Lihat contoh : 

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe lum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut. 

Format karangan ini 

nama watak ditulis selari di sebelah kiri 

selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari contoh : 

Nama A : Assalamualaikum, Makcik. 

Nama B : Waalaikummussalam Nama A : Apa khabar Makcik ? Nama B : 

Mulakan perbualan dengan salam sejahtera 

anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesua i. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun ”Makcik… 

pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / 

dialog. 

boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“ 

soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit. Dalam dialog itu, kedua- dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan. 

Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar 

elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak…. soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan. 

kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan ) 

tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? ) 

mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah ) 

soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh 

Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah. 



CONTOH KARANGAN 



TAJUK 

Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya. 



RANGKA. 

PENDAHULUAN - mengucapkan tahniah 

ISI 

a) Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu yamg lain untuk mempelajari bahasa melayu. 

b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu c) Siva menyatakan cara dia mempelajari bahasa melayu. 

PENUTUP 

Siva memberikan dorongan agar sama -sama menguasai bahasa kebangsaan 



KARANGAN 

( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah ) Azman : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu. 

Siva : Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan 

Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu. 

Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar.Bagaimanakah cara kamu mempelajari bahasa melayu ? 

Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku -buku bahasa melayu yang bermutu .Di samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata -kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap 

Azman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar 

Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva. Siva : Mengapa ? 

Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah bahasa ibunda saya.Rupa -rupanya saya silap. 

Siva : Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama -samalah kita belajar menguasai bahasa kebangsaan negara kita 

Azman : Ya,baiklah ,Siva... 









Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua. 



( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah ) 

Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ? Azma : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim. 

Malim : Macam mana boleh hilang ? 

Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang curi,sebab waktu rehat dia tak keluar. 

Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang sudah hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ? 

Azma : Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya ! 

Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka kita ? Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita. 

Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam k amu. 







Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan. 



( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim ) 



Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua -dua anak kembar encik Faizul dan 

Faizal hingga berjaya menjadi doktor ? 



En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga. 



Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak -anak encik ini belajar ? 



En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun me reka menonton siaran berita sahaja. 



Murid : Di mana mereka bersekolah ? 



En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor. 



Murid : Apakah perasaan encik sekarang ? 

En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu . Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual. En. Karim : Terima kasih kembali. 

( Berjabat tangan dengan murid ) 





Tip : 

Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak 20 patah perkataan KECUALI pendahuluan. 





Karangan jenis Catatan Diari 



Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang. 

Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan dibawah : 

Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan mengenai lawatan itu. 

Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari . Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari. 

Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan har i tersebut. 

Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam. 

Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat 

Tulis catatan mengikut urutan peristiwa 

Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami 



Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasuk kan ke hospital . Tuliskan suatu catatan selama ibu anda berada di hospital. 



2 Januari 

Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu. Doktor yang merawat ibu memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah. Ibu terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang dari sekolah , aku dan bapa melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu. 



3 Januari 

Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai pembedahan biasa dan tidak perlu dirisuakan. Di sekolah , aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat. 



4 Januari 

Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu. 



5 Januari 

Selepas waktu sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doaku. 



6 Januari 

Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pula ng bersama dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulanganya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu. 





Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi 

memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi. 

Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan. 



cereka 

Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh -rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul -kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu. 



1. cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya. 

2. cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca. 

3. jangan terlalu ghairah mereka -reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas. 

4. jangan menulis sampai meleret -leret, berhati-hatilah dengan peruntukkan masa yang dib erikan 

Pengenalan tinggal sendirian baca buku cerita 



Perenggan ke-2mendengar suara riuh -rendah menjenguk ke luar 

suatu kebakaran berlaku 



Perenggan ke-3ramai orang mula berkumpul 

cuba membantu memadamkan kebakaran membantu memunggahkan bar ang 



Perenggan ke-4aku terus menelefon pihak bomba ahli-ahli bomba tiba 



Penutup kebakaran dapat dikawal berasa sungguh gembira 





Pada hujng minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendiran di rumah kerana ibu bapa say apergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita. 

Ketika say leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh -rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dap ati asap berkepul-kepul keluat dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku. 

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang -barang. Saya mulai berasa bimbang kalau -kalau api itu merebak ke rumah saya. 

Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihakbomba. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ. 



Ahli-ahli bomba telah bertungkus -lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut. 



pengalaman 

Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan “ 



Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek. Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak 

berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang. 

Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba -tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan. 

Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu l embaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri. 

Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk . Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa -rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri. 



situasi 

Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan anda ? 



Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi. 

Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru -guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya. 

Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. 

Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorang kepada adik -adik saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain. 



Karangan Jenis Melengkapkan Cerita 



1. karangan tidak berformat 

2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi 

3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang. 

4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi 

5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu. 

6. setiap cerita mempunyai nilai -nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong -menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran. 

7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal. 



A. Sudahkan cerita di bawah ini. 

Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik menerangi jalan, tetapi saya perlu berhati-hati. Saya bimbang termasuk lubang atau terbabas ke dalam parit. Sambil mengayuh, saya sempat berbual dengan Ahmad yang duduk di belakang. Tiba -tiba saya ternampak susuk tubuh manusia menuju 

belakang balai raya. Tanpa membuang masa ‘‘‘ 



Tanpa membuang masa , saya memberhentikan basikal. Ahmad kehairanan, tetapi saya segera memberitahunya. Ahmad faham. Basikal saya baringkan di tepi jalan raya. 

Tiba-tiba saya terdengar cermin pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki itu seorang pencuri. Dua bulan lalu kaset dan pinggan mangkuk dicuri orang. Mungkinkah kejadian yang sama akan berulang ? 

Pencuri itu mesti ditangkap, kata hati saya. Saya meminta Ahmad mengawasi pencuri itu kerana saya hendak ke rumah Tuk Ketua. Tetapi sebelum sampai di rumah Tuk Ketua, saya nampak ramai orang baru keluar dari masjid. Salah seorang daripadanya ialah Tuk Ketua. Saya masuk ke perkarangan masjid. Di situ saya segera ceritakan apa ya ng saya lihat. Tuk Ketua segera memberi taklimat . Kemudian mereka segera bergerak menuju ke balai raya. 


Sampai di balai raya, seramai lima orang menuju ke bahagian belakang dan sebahagian lagi menjaga bahagian kiri, kanan dan depan. Mereka melangkah sere ntak merapati balai raya. Lelaki di dalam balai raya itu perasan, tetapi tidak sempat melarikan diri. Lelaki itu akhirnya dapat ditangkap. Kemudian Tuk Ketua mengucapkan terima kasih kepada saya dan Ahmad. 







B. Lengkapkan cerita di bawah yang berakhir dengan ayat berikut : 

‘‘‘. Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah 

ngeri itu telah pergi. 



Pada malam itu, aku berseorangan di rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang. Di luar, hujan turun dengan lebat, kilat sabung-menyabung. 

Aku toleh ke arah jam usang di dinding. Rupa -rupanya sudah hampir pukul satu pagi. Aku semakin risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum kelihatan. 

Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu -talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pint u. Sebaik sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana seorang perempuan bertudung hitam berada di situ. Wajahnya amat mengerikan. 

Dia memandang tajam ke arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku. Belum sempat dia menyambar tubuhku, aku menendang badannya lalu tersungkur ke tanah. Aku menutup pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila kubuka mata , aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan